Thursday 1 December 2011

New Lappy ke Lappy Baru

Kepuasan memiliki sesuatu memang tidak akan berlaku. Bukan dinamakan manusia jika mereka puas dengan apa yang dimiliki mereka. Tapi bagi sesetengah minoriti manusia berpuas hati dengan apa yang dimiliki mereka. Ada baiknya untuk berasa sentiasa tidak puas hati. Cuba kita sendiri persoalkan. Apa yang anda semua boleh perkatakan? Bermacam jawapan boleh kita dengar. Mengharapkan sesuatu membuatkan kita berusaha untuk memilikinya. Misalnya, cinta begitu tersemat dalam setiap manusia. Tapi bagi mendapatkannya perbagai perkara perlu dilakukan termasuklah pengorbanan dan usaha yang bersungguh. Ada juga yang tidak memerlukan usaha kerana seseorang itu yang mencintai kita, cuma kita perlu membalasnya sahaja. Cinta pada pencipta adalah yang paling agung(itulah yang selalu orang cakap bila dah berputus asa, sampai ada yang bosan dan berasa sakit hati mendengarnya). Itu contohnya, berkaitan pula memiliki sesuatu membuatkan kita beria mendapatnya sampaikan terlampau lampau(sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya tak kira caranya entah betul entah tidak). Menggambarkan ke-umum-man iaitu kita. hehe. Dunia kita kini dipenuhi dengan limpahan teknologi yang begitu canggih sekali( bila nampak benda canggih, "canggih siott", budak budak sekarang memanglah). Dipanggil gajet untuk menunjukkan kemodenannya. Pelbagai gajet yang kita dapat lihat sekarang. Dapatkan lah untuk diri kita berdasarkan minat dan kemampuan kita sendiri. Memiliki sesuatu yang menjadi kehendak untuk kita ada perlu bagi seseorang. Dapatkanlah dengan usaha x kira apa asalkan caranya betul.

tengok orang ni banyak giler gajet dia. anda macam mana??

*********

Dah lama aku meninjau masa hadapan bila kehendak aku akan ditunaikan. Mempunyai gajet seperti lappy adalah satu kebanggaan dirasai oleh budak kat kolej ini aku rasa. Bila dah ada bukan main berkepit lagi bagaikan belangkas yang mengalhkan isi dan kuku.. Ish ish ish. Tapi ada juga bagi budak budak ni yang ia satu keperluan. Memang satu kebenaran pun. Seperti semester lepas memang x terasa keperluannya sangat, tapi masuk je semester dua  -  "nah, ambik kau baru rasa bila benda tu belum kiat miliki", kata hati aku. Apa tak nya denagn assigment yang mengunakan teknologi lappy ni. Nak buat folio la, presentation la, report la. Time tu la nak pinjam kawan punya(kadang kadang x dapat sebab diaorang punn nak pakai). Akhirnya terpaksa keluarkan duit hinggap dekat cc la jawabnya. Nak buat macam mana kan dah tu yang termampu. Yanng pasai aku pulak lain nya. Aku menggunakan cara percakapan dekat 'parent' aku. Apa lagi berbagai ayat digoreng yang aku perlu sematkan dalam jiwa diaorang supaya belikan aku lappy.. hehehe. Nak buat macam dah memang betul ianya satu keperluan kat kolej ni(anda nilailah dari sudut yang positif okay). Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan - bertarikhkan 28/11/11 akhirnya aku dapat jugak. Berterus terang laa untuk dapatkan apa yang anda nak supaya anda dapat apa yang anda nak. :) Dah dapat lappy  macam macam buat.. Contohnya blog ni lahh.. Memang terbaik yang pernah berlaku pada ini. Tapi dapat yang biasa biasa je. nak IPad tapi kena order dulu, tapi x confirm bila dapat. Memang x la nak tunggu. Jadi preffered lappy la. Lappy pun senang nak buat assigment kan. Setiap orang ada pendapat sendiri.


ni jela mampu ! ! !

Ni yang best sebab bila dah menaip x reti nak berhenti, bukan macam diari penat nak menulisnya. Stop It. 

No comments:

Post a Comment