Friday, 16 December 2011

Sepanjang hidupku ada sahaja LIPAS ni

Bercerita mengenai lipas ni memang banyak ceritanya. tak habis nak cerita dua jam, cuma perlukan 2 jam satu minit jer. cuba tanya sapa yang sangat suka dengan lipas. kalau dia dia dan dia suka lipas nampak nya makanan harian dia lipas la, tu sebab suka sangat dengan lipas. Sah sah buat lipas goreng. punya tak ada makanan lain dalam dunia ni kan. mengenai lipas ni merupakan satu 'creature' yang boleh dikatakan yang semua orang sangat tak tak tak tak suka laa. 
cantik kan makhluk ini ! 


bila jumpa jer, perrgghh bukan main melompatnya sampaikan masuk acara balapan-lompat tinggi boleh menang. punya tinggi dia melompat sampai tidak boleh disangkal lagi kehebatannya. teramat amat dikaitkan dengan kaum wanita. kebiasaannya la. bergeliman badan sesapa yang tak suka kannya termasuk la aku ni. tapi sekarang aku dah berani. kehkehkeh. 

********
kehidupan di kolej menyebabkan aku terpaksa tinggalkan tandas dan bilik aku yang tercinta ini. punya banyak kenangan di bilik aku. Eh eh eh eh apa kene mengena dengan bilik ni. mesti ada kena nya. kena nya bilik aku dan lipas. selalu nya bila betapa gembira nya kerana dapat peyuk peyuk bantal bucuk taya. :)) keluar sahaja kereta terus menuju pintu masuk pastu singgah ruang tamu pastu barulah sampai ke kamar ku. dengan hati gembira masuk. terus berbaring kat atas katil. tengah tengah mencari posisi selesa untuk berbaring lalu satu kelibat. mula la ni. x punya senang duduk aku. aku cari kelibat tu kemana. nampak nya berada di celah almari. tau tau memang syak lipas la kan. bersedia dengan senjata aku la apa lagi. senjata terulung aku diperbuat dari 'recycle paper' sama surat kabar tak pun majalah lama makcik aku jadi mangsa. suka hati pakai majalah makcik. dia tak tau sebab dia tak baca lagi.. lagipun tak luak majalah dia yang boleh memuatkan satu almari baju yang besar tu. beratus ratus kot majalahnya. kembali kembali pada 'story story tadi' aku lipat 'paper' untuk menjadikannya lebih 'power'.

macam ni laa gaya nya. ada power tak?

aku terus memulakan pencarian semula mencari lipas tu. nampak nya dia dah berani ek lari depan aku. cari mati dia ni. ada ke lari depan aku. tak boleh pikir ke. aku melangkah sikit nak rembat lipas ni dengan senjata tadi bagi dia mampos sikit. tapi lipas ni punya 'instinct' yang hebat dia terbang pulak. terperanjat aku. lupa pulak dia boleh terbang. pandai pandai. aku tabik sekejap kat dia. aku nak terjatuh dibuatnya. bila lipas tu hinggap kat dinding memang terbaik la sebab aku tau kat mana lokasi terbaru yang ditetapkan aku untuk meng-kiook-kan lipas ni. aku tak kan lepas kan peluang ni. bukan senang woo nak kiook lipas ni. punya liat nyawa dia. apa ambik posisi terbaik untuk memukul lipas ni. dah macam nak main besbol pun ada aku rasa. punya semangatkan. Cayok Syamil! Cayok Syamil! hati ni laa penyokong aku. mana ke datang nya ada orang ramai ramai nak sokong aku dalam bilik yang kecik ni untuk kiook kan lipas ni.

macam ni posisi nya

satu, dua , tiga ! pooiiikkk bunyi nya bila senjata aku mengena kat lipas tu. Semoga roh nya berada di tempat tempat orang yang beriman. betapa lega nya hati aku bila satu kelibat yang mengganggu aku untuk menghayati  keriangan dan kegembiraan berada dalam bilik sendiri. dah tu mesti la kena bersih kan. ni la yang aku malas. dah selesa nak basuh tangan kat tandas pulak. bukak je pintu AYO! YO!YO! YO! YO! YO ! rupa nya ramai lagi kawanan lipas tadi kat tandas ni un tuk aku meneruskan perjuangan seperti tadi. memang tak la aku nak guna senjata yang 'power' tadi bunuh sekor sekor lipas ni yang ada lebih kurang 8 'or' 7 ekor ni. apa lagi terpaksa guna cara terakhir dengan meminta bantuan Mr. Sheiltox. setiap sudut lubang dan sudut aku sembur. geram gler dibuatnya. tak tenang tak tenang dibuatnya. pastu terus tutup pintu dan biarkan Mr Sheiltox sebati dengan lipas lipas tu. dah agak sejam tu. aku meng-usha la balik keadaan Mr Sheiltox dan lipas lipas tu. Kelibat Mr Sheiltox dah tak ada. betapa sanggup dia mempertahankan bilik air aku ni daripada lipas hingga ke akhir hayat. tapi perjuangan Mr Sheiltox berbaloi sebab aku tengok lipas tu dah terbaring terbalik dengan senyap nya sebab nyawa telah diragut Mr Sheiltox. 'Victory" untuk saya. baru la sangat sangat sangat tenang dan aman tanpa lipas. TERIMA KASIH Mr Sheiltox. Penat sampai terbaring kat atas katil pastu. tapi kan benda aku buat setiap minggu aku balik dari kolej. cepat sangat lipas ni membiak. sapa ada idea nak buang lipas dari mengganggu hidup dan bilik aku??

sesuka hati je nak edit kan

p/s : jadi sentiasa la berwaspada dengan lipas. lipas boleh membawa penyakit kalau tak silap. 



8 comments:

  1. ewww..sgt geli dgn haiwan sekor nih..grrrrr...sangaaattt!! huhu >,<

    ReplyDelete
  2. cik anis fobia lipas.. 10 meter lipas tu, cik anis dh melompat x tau arah

    ReplyDelete
  3. eeeeeeeeeeeeeeee.... geli la... jgn simpan serangga perosak ni dlm blog.. t habis ranap blog awak.. tp kelakar la.. hahaha

    ReplyDelete
  4. macam macam lipas zaman sekarang ni..
    yang mampu kita cuma geli jerr..

    ReplyDelete
  5. hahah lawak la lipas pun boleh jadi tajukk :D untunglaa lipas , aku ni manusia tak de pun nak buat tajuk ,kalau ko buat ,tajuk ni mesti aku suke " atyn kawan sekepaleku hahaha " :D kan bagussssssssssss :)

    ReplyDelete
  6. tanak sebab kau x pernah punn nak mentioned aku kat fb.. wekkk :P hahahahaha.. xd cter pasal aku punn.. asyik2 budak lain.. kahkahkah

    ReplyDelete
  7. serius lawak cite lipas ko ni syamil..tergelak gelak kome..hilang mengantuk..follow kome..kome dah follow awok ye en penakut lipas..

    ReplyDelete