Friday 16 December 2011

Sepanjang hidupku ada sahaja LIPAS ni

Bercerita mengenai lipas ni memang banyak ceritanya. tak habis nak cerita dua jam, cuma perlukan 2 jam satu minit jer. cuba tanya sapa yang sangat suka dengan lipas. kalau dia dia dan dia suka lipas nampak nya makanan harian dia lipas la, tu sebab suka sangat dengan lipas. Sah sah buat lipas goreng. punya tak ada makanan lain dalam dunia ni kan. mengenai lipas ni merupakan satu 'creature' yang boleh dikatakan yang semua orang sangat tak tak tak tak suka laa. 
cantik kan makhluk ini ! 


bila jumpa jer, perrgghh bukan main melompatnya sampaikan masuk acara balapan-lompat tinggi boleh menang. punya tinggi dia melompat sampai tidak boleh disangkal lagi kehebatannya. teramat amat dikaitkan dengan kaum wanita. kebiasaannya la. bergeliman badan sesapa yang tak suka kannya termasuk la aku ni. tapi sekarang aku dah berani. kehkehkeh. 

********
kehidupan di kolej menyebabkan aku terpaksa tinggalkan tandas dan bilik aku yang tercinta ini. punya banyak kenangan di bilik aku. Eh eh eh eh apa kene mengena dengan bilik ni. mesti ada kena nya. kena nya bilik aku dan lipas. selalu nya bila betapa gembira nya kerana dapat peyuk peyuk bantal bucuk taya. :)) keluar sahaja kereta terus menuju pintu masuk pastu singgah ruang tamu pastu barulah sampai ke kamar ku. dengan hati gembira masuk. terus berbaring kat atas katil. tengah tengah mencari posisi selesa untuk berbaring lalu satu kelibat. mula la ni. x punya senang duduk aku. aku cari kelibat tu kemana. nampak nya berada di celah almari. tau tau memang syak lipas la kan. bersedia dengan senjata aku la apa lagi. senjata terulung aku diperbuat dari 'recycle paper' sama surat kabar tak pun majalah lama makcik aku jadi mangsa. suka hati pakai majalah makcik. dia tak tau sebab dia tak baca lagi.. lagipun tak luak majalah dia yang boleh memuatkan satu almari baju yang besar tu. beratus ratus kot majalahnya. kembali kembali pada 'story story tadi' aku lipat 'paper' untuk menjadikannya lebih 'power'.

macam ni laa gaya nya. ada power tak?

aku terus memulakan pencarian semula mencari lipas tu. nampak nya dia dah berani ek lari depan aku. cari mati dia ni. ada ke lari depan aku. tak boleh pikir ke. aku melangkah sikit nak rembat lipas ni dengan senjata tadi bagi dia mampos sikit. tapi lipas ni punya 'instinct' yang hebat dia terbang pulak. terperanjat aku. lupa pulak dia boleh terbang. pandai pandai. aku tabik sekejap kat dia. aku nak terjatuh dibuatnya. bila lipas tu hinggap kat dinding memang terbaik la sebab aku tau kat mana lokasi terbaru yang ditetapkan aku untuk meng-kiook-kan lipas ni. aku tak kan lepas kan peluang ni. bukan senang woo nak kiook lipas ni. punya liat nyawa dia. apa ambik posisi terbaik untuk memukul lipas ni. dah macam nak main besbol pun ada aku rasa. punya semangatkan. Cayok Syamil! Cayok Syamil! hati ni laa penyokong aku. mana ke datang nya ada orang ramai ramai nak sokong aku dalam bilik yang kecik ni untuk kiook kan lipas ni.

macam ni posisi nya

satu, dua , tiga ! pooiiikkk bunyi nya bila senjata aku mengena kat lipas tu. Semoga roh nya berada di tempat tempat orang yang beriman. betapa lega nya hati aku bila satu kelibat yang mengganggu aku untuk menghayati  keriangan dan kegembiraan berada dalam bilik sendiri. dah tu mesti la kena bersih kan. ni la yang aku malas. dah selesa nak basuh tangan kat tandas pulak. bukak je pintu AYO! YO!YO! YO! YO! YO ! rupa nya ramai lagi kawanan lipas tadi kat tandas ni un tuk aku meneruskan perjuangan seperti tadi. memang tak la aku nak guna senjata yang 'power' tadi bunuh sekor sekor lipas ni yang ada lebih kurang 8 'or' 7 ekor ni. apa lagi terpaksa guna cara terakhir dengan meminta bantuan Mr. Sheiltox. setiap sudut lubang dan sudut aku sembur. geram gler dibuatnya. tak tenang tak tenang dibuatnya. pastu terus tutup pintu dan biarkan Mr Sheiltox sebati dengan lipas lipas tu. dah agak sejam tu. aku meng-usha la balik keadaan Mr Sheiltox dan lipas lipas tu. Kelibat Mr Sheiltox dah tak ada. betapa sanggup dia mempertahankan bilik air aku ni daripada lipas hingga ke akhir hayat. tapi perjuangan Mr Sheiltox berbaloi sebab aku tengok lipas tu dah terbaring terbalik dengan senyap nya sebab nyawa telah diragut Mr Sheiltox. 'Victory" untuk saya. baru la sangat sangat sangat tenang dan aman tanpa lipas. TERIMA KASIH Mr Sheiltox. Penat sampai terbaring kat atas katil pastu. tapi kan benda aku buat setiap minggu aku balik dari kolej. cepat sangat lipas ni membiak. sapa ada idea nak buang lipas dari mengganggu hidup dan bilik aku??

sesuka hati je nak edit kan

p/s : jadi sentiasa la berwaspada dengan lipas. lipas boleh membawa penyakit kalau tak silap. 



Friday 2 December 2011

Masalah betul larr !

kelam kabut betul dunia hari ni - dengan bangun lewat nya, masuk lambat kelas dan kena tahan sebab x dapat jawab soalan.
'kenapa benda ni asyik berlaku dekat diri aku', kata hati. Menyampah betul !

******

Bangun pukul 7.30 memang x biasa bagi aku. Apa tak nya memang x sempat laa nak gosok bajunya, mandinya, erhh erhh erhh nya (faham faham laa kan). Dah mandi apa lagi menggunakan kepantasan untuk memakai baju la. Setiap 5 saat dari tu asyik tengok jam jer. yang terbaiknya gerak dari bilik nak ke kelas pukul 8.10 pagi. Macam mana tu kelas pukul 8 kan. ish ish ish apa nak jadi dengan manusia sorang ni. Tapi mana pergi 'roommate aku?? Rupanya diaorang punn bangun lewat macam aku. Mana tak nya aku ni jam bagi diaorang yang terpaksa mengejutkan sorang punya sorang punya sorang pagi pagi.  Gembira menjadi Limays ni. Apa aku kisah bukan nya apa pun sebab bukan susah pun dan kita kan kena tolong menolong sesama 'roommate' kan kan.

******

Sampai je kelas pukul pukul 8.20a.m poiikk ! Dah hampir nak ponteng dengan Zul dah. Nasib iman kuat(kuat laa sangat). Sampai je kelas lecturer tanya. Jadi jawab je la bangun lambat. Dah duduk dengan termengah mengah dek PONEK EE EDEN BOLARI, baru teringat homework x buat. "Macam mana ni", dalam hati. Harap bernasib baik cikgu x panggil. Dah macam nak habis kelas ingat kan cikgu x panggil tapi apa kan daya malang menimpa. Aku terpaksa jawab soaln jugakk akhir nya. Punya memerah sampai dah x boleh sambil bincang dengan kawan akhir nya dapat jugakk.. Tapi bila dah siap tulis kat whiteboard tengok jawapan lain. Lantak la asal kan buat. Dah malas nak fikir lagi. Buntu buntu buntu gila. Ni x revise dan buat latihan la bila lepas kuliah. Kena tahan hampir setengah jam sebab cikgu nak jugakk kitaorang jawab tapi akhirnya cikgu dah x tahan dia keluar sebab ada kelas lain tapi kitaorang kena jawab jugak soalan tu nanti. Penat nya otak harini. Bukan nya fizikal yang penat.

p/s: jadi tido yang awal supaya dapat bangun awal. Kalau tidak anda perlu menyediakan skrip lakonan anda sebelum masuk lambat ke kelas. Ini untuk kebaikan diri anda jugakk. Wassalam.


Thursday 1 December 2011

New Lappy ke Lappy Baru

Kepuasan memiliki sesuatu memang tidak akan berlaku. Bukan dinamakan manusia jika mereka puas dengan apa yang dimiliki mereka. Tapi bagi sesetengah minoriti manusia berpuas hati dengan apa yang dimiliki mereka. Ada baiknya untuk berasa sentiasa tidak puas hati. Cuba kita sendiri persoalkan. Apa yang anda semua boleh perkatakan? Bermacam jawapan boleh kita dengar. Mengharapkan sesuatu membuatkan kita berusaha untuk memilikinya. Misalnya, cinta begitu tersemat dalam setiap manusia. Tapi bagi mendapatkannya perbagai perkara perlu dilakukan termasuklah pengorbanan dan usaha yang bersungguh. Ada juga yang tidak memerlukan usaha kerana seseorang itu yang mencintai kita, cuma kita perlu membalasnya sahaja. Cinta pada pencipta adalah yang paling agung(itulah yang selalu orang cakap bila dah berputus asa, sampai ada yang bosan dan berasa sakit hati mendengarnya). Itu contohnya, berkaitan pula memiliki sesuatu membuatkan kita beria mendapatnya sampaikan terlampau lampau(sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya tak kira caranya entah betul entah tidak). Menggambarkan ke-umum-man iaitu kita. hehe. Dunia kita kini dipenuhi dengan limpahan teknologi yang begitu canggih sekali( bila nampak benda canggih, "canggih siott", budak budak sekarang memanglah). Dipanggil gajet untuk menunjukkan kemodenannya. Pelbagai gajet yang kita dapat lihat sekarang. Dapatkan lah untuk diri kita berdasarkan minat dan kemampuan kita sendiri. Memiliki sesuatu yang menjadi kehendak untuk kita ada perlu bagi seseorang. Dapatkanlah dengan usaha x kira apa asalkan caranya betul.

tengok orang ni banyak giler gajet dia. anda macam mana??

*********

Dah lama aku meninjau masa hadapan bila kehendak aku akan ditunaikan. Mempunyai gajet seperti lappy adalah satu kebanggaan dirasai oleh budak kat kolej ini aku rasa. Bila dah ada bukan main berkepit lagi bagaikan belangkas yang mengalhkan isi dan kuku.. Ish ish ish. Tapi ada juga bagi budak budak ni yang ia satu keperluan. Memang satu kebenaran pun. Seperti semester lepas memang x terasa keperluannya sangat, tapi masuk je semester dua  -  "nah, ambik kau baru rasa bila benda tu belum kiat miliki", kata hati aku. Apa tak nya denagn assigment yang mengunakan teknologi lappy ni. Nak buat folio la, presentation la, report la. Time tu la nak pinjam kawan punya(kadang kadang x dapat sebab diaorang punn nak pakai). Akhirnya terpaksa keluarkan duit hinggap dekat cc la jawabnya. Nak buat macam mana kan dah tu yang termampu. Yanng pasai aku pulak lain nya. Aku menggunakan cara percakapan dekat 'parent' aku. Apa lagi berbagai ayat digoreng yang aku perlu sematkan dalam jiwa diaorang supaya belikan aku lappy.. hehehe. Nak buat macam dah memang betul ianya satu keperluan kat kolej ni(anda nilailah dari sudut yang positif okay). Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan - bertarikhkan 28/11/11 akhirnya aku dapat jugak. Berterus terang laa untuk dapatkan apa yang anda nak supaya anda dapat apa yang anda nak. :) Dah dapat lappy  macam macam buat.. Contohnya blog ni lahh.. Memang terbaik yang pernah berlaku pada ini. Tapi dapat yang biasa biasa je. nak IPad tapi kena order dulu, tapi x confirm bila dapat. Memang x la nak tunggu. Jadi preffered lappy la. Lappy pun senang nak buat assigment kan. Setiap orang ada pendapat sendiri.


ni jela mampu ! ! !

Ni yang best sebab bila dah menaip x reti nak berhenti, bukan macam diari penat nak menulisnya. Stop It. 

Wednesday 30 November 2011

bermula nya satu permulaan

Bagai kan bayi yang di lahirkan di sini di limpahan blogger bak pasir di tepian pantai yang menggambarkan diri ini..

Bagai kan sebatang jarum di dalam timbunan jerami yang begitu susah di jumpai akan tetapi jika terduduk di atas nya barukan dirasai kehadiran nya..

Bagai kepulan awan putih yang kecil yang di lindungi awan hitam akan tetapi begitu terserlah dalam kalangan awanan kerana ke-kontra-annya.. 

Permulaan bicara dan salam untuk semua dari yang sangat merendah diri bagai kan padi yang makin lama makin menunduk dan di-ingat kan jangan mengikut jagung yang makin lama makin menegak..

Permulaan yang tidak berseri bagai kan bayi yang baru dilahirkan yang penuh dengan darah tetapi bila dibersihkan alangkah gembira dan bersyukur akan kurnian Yang Maha Esa.. 

Permulaan hanya berbicara kecil hanya untuk salam perkenalan untuk semua yang berada di setiap pelusuk dunia yang sanggup dan sudi membaca karya halus si amatur ini..

                                                            *******

Muqadimah dari padi yang baru mula berbuah yang diberi nama Muhammad Syamil bin Salahuddin oleh kedua ibu bapa yang tersayang. tanpa mereka siapakah diri ini untuk mampu menhasilkan tulisan yang bakal dibaca oleh timbunan jerami, dibaca oleh awan hitam dan pasir yang menyerlah di tepian. Akan tetapi tanpa sokongan jerami,awan hitam dan pasir yang menyerlah inilah yang menjadikan diri ini seperti mereka yang begitu memberi inspirasi, idea, pengalaman dan berbagai lagi. Seperti di iklan Astro " Macam macam ada"..